Pages

Sunday, March 27, 2011

[24] Aduhhh! Sakit Kepala. Jangan Makan Ubat.

Hello.. hello,

"Aduhh! sakit kepala, pusing-pusing kepala aku. So, makan telan ubat, tapi kenapa jangan telan ubat? nak telan apa?" Rool ada jumpa artikel mengenai ubat yang femes dalam pasaran. Bahayanya ubat ini. Naaaa.. cuba baca ni.



JANGAN TELAN PANADOL

SEBUAH KISAH BENAR.... Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepal...a, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda. p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??


Pesanan penaja,
Bagi Rool nak percaya atau tak, tepuk dada tanya ubat. Sometimes, manusia saja cipta isu untuk jatuh reputasi orang lain. Apa-apa pun setiap penyakit ada ubatnya. Salam...




Wednesday, March 16, 2011

[23] Petua Kadang-kadang Kita Ambil Ringan!

Hello.. hello. Rool ada jumpa article ni dalam facebook. Sekarang ni dah berleluasa dalam wilayah facebook, mungkin yang diluar sana masih belum baca pasal ni. Sila baca..........



PETUA IMAM SYAFIE  

Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas <span>

Empat perkara melemahkan badan 

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau  
 4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi)  
 3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama 

TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

 TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

 TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

 TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


 SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH.....

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam...



'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. 
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya. 
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia mel ain kan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! 
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


Betulkan? ada sesetengah orang ambil ringan petua ni. So kita tukar dan kita amal bersama-sama. (Aishh.. macam le Rool ambil berat selama ni). Jom BERAMAL!!!

Tuesday, March 15, 2011

[22] Karut! Tipu!

Hello.. hello.. dah lama Rool tak update belog. Malam yang berbahagia ni nak just update pasal kesihatan sikit. Ini pun setelah terserempak pasal article mengenai sejauh mana keberkesanan minum tenaga. Oh! ya bukan tongkat ali atau kacip kak temah ye, ini mengenai minum tenaga moden seperti Gatorade, 100Plus, Revive, Redbull, Livita, Monster dan bla.. bla.. bla.

Sebenar-benar-benar-benarnya (memang benar tak tipu dah) minum tenaga tidak membantu anda untuk memberi tenaga apatah lagi untuk berdiet. Minuman ini diklasifikasikan sebagai minuman ketagihan dan tidak sihat, apa?? tidak sihat!. Sebab apa? sebabnya tidak melebihi 15 patah perkataan, eh! sebabnya kandungan caffeine dan gula melambung tingginya dalam minum tersebut.

Dah penat pegi gym nak bina body, six-pax, kuruskan badan tapi lepas penat work out beli minum tenaga kononnya boleh kembali tenaga sekuat harimau aauum! Pilihan yang salah cik abang, cik kak, cik pakcik dan cik makcik. Minum air tu boleh ketagih dan keberangkalian nak beli lagi minuman tu tinggi so, pengambilan gula semakin meningkat. Lepas tu mengadu domba kata, dah work out tapi tak kurus pun! (tarik muka sedih).  Kalo kandungan gula dalam tin bersamaan 7 sudu gula, baik ratah je 7 sudu gula dalam balang kat dapur tuh tak payah nak beli produk tuuuuut lagi, murah sikit kot. Lepas 3 hari amal bole dapat diabetes! 

So, Rool ada quote sedikit kajian dari majalah Men'sHealth ini adalah antara kajian kandungan gula dan caffeine dalam minuman tenaga.

(1) 5-Hour Energy (1.93-oz botol) 

4 kalori 
0 g gula Kafein: 135 mg
Amalkan ini:

Black Coffee (12-oz cawan) 0 kalori 0 g gula Kafein: 95-200 mg

(2) Redline Power Rush (2.5-oz bottle)

0 kalori
0 g gula
kafein: 326 mg

Amalkan ini:

Sugar-free Red Bull (8.4-oz tin)
0 kalori
0 g gula
kafeinL 75 mg

(3) Amp Energy (16-oz tin) 

220 kalori 
58 g gula 
Kafein: 142 mg

Amalkan ini:

Xenergy Mango Guava (16-oz can)

0 kalori 
0 g gula 
Kafein: 180 mg

(4) Clif Razz Energy Gel Shot (32 g paket)

100
 kalori
12 g gula
Kafein: 0 mg

Amalkan ini:

Ito En Sencha Shot (6.4-oz tin)
0 kalori
0 g gula
Kafein: 40 mg

(5) Starbucks Coffee Frappuccino (13.7-oz botol)

290 kalori
4.5 g Lemak (3 g tepu)
46 g gula
Kafein: 108 mg

Amalkan ini:

Rockstar Roasted Coffee + Energy Light Vanilla (16-oz tin)

100 kalori
14 g gula
Kafein: 240 mg

(6) Vault Red Blitz (20-oz botol

290 kalori
78 g gula
Kafein: 115 mg

Amalkan ini:

Rockstar Recovery (16 fl oz)

20 kalori
2 g gula


Ok, certain produk ada juga jual di pasaran Mesia tapi bagi Rool kalau nak amalkan diet bacalah nutrition facts kat belakang produk tu. Tengok kandungan gula, lemak, kalori dan sebagainya. Nak mudah lagi? minumlah Glycogen (gula ringkas) bole dapat kat Watson, Guardian atau farmasi terdekat di rumah anda. Nak mudah lagi untuk kembali elektrolit (tenaga) yang hilang makan je pil multivitamin, alamak Rool punya multivitamin dah habis! OK. see you then!

Sunday, March 6, 2011

[21] Fakta Lawakss!


Helo.. helo.. Fakta lawaks yang dikeluarkan oleh Readers' Digest. Awas! ada unsur-unsur kurang sesuai untuk umur bawag 18 tahun jadi Rool tak nak letak dalam entry tapi kalau teringin nak tengok juga Rool akan provide link. Fakta ni ada betul ok? tak tahula macam mana diorang buat kajian. Apa-apa pun inilah faktanya.

1.) Jika anda berenang selama satu jam dalam kolam renang, anda akan mencerna 1/12 liter urine. (haaah! lega dah 4 kurun Rool tak pergi berenang so kurangla tertelan urine syuhhhhhh~)

2.) Purata dalam sehari, secara tidak langsung tangan anda menyentuh 15 kesan alat kemaluan pada tombol pintu. (sebab itu pentingnya hand sanitizer, lepas ni beli 1 letak dalam poket. Cuci tangan sebelum dan selepas pegang tombol pintu zzzzzzzzz!)

3.) Setiap tahun, anda akan tertelan 12 bulu ehem-ehem dalam makanan segera (fastfoods)! (OK tak nak makan KFC, PIZZA, McD tak nak! tak nak! uwekkk @_@!)

4.) Setiap tahun, anda akan tertelan 5 serangga semasa tidur! (lepas ni tidup pastikan mulut rapat, tak pun kepit je dengan pengepit baju gerenti serangga tak masuk!)

5.) Ini agak lucah, Rool tak letak untuk fakta no.5 tapi sesapa berfikiran terbuka boleh klik di SINI!

Saturday, March 5, 2011

[20] Apa Kegunaan Handphone.

Mai tengok ni, mesti hampa tak caya. Statistik ni memang sah diperakui oleh mereka yang buat kajian ni. Betulkan hampa guna handphone untuk ambik gambaq, tengok jam padahal call orang kurang je. Ehh, Rool pun sama call orang jarang kot. Mai tengok statistik ni...



p/s: sorry ter-speaking loghat utara plal.. :)


Have A Nice Day!!

Thursday, March 3, 2011

[19] Dengan Duit Boleh Beli Apa-apa Saja, Buktikan


Sekarang duit di agung-agungkan bak kata orang zaman moden "dengan duit bole beli apa-apa saja", buktikan duit boleh beli 10 benda dibawah:


1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

[17] Shisha HARAM.

ADA APA DENGAN SHISHA?
Tembakau, nikotin, tar, karbon monoksida, karsinogen, arsenik, kromium dan plumbum hanyalah secebis daripada cebisan kisah si pembunuh ‘suci’ ini. Suci kerana telah ‘disucikan!’ Kononnya.
Interaksi antara bahan-bahan yang berisiko tinggi, ‘disucikan’ dengan lapisan air dan diadun dengan bahan perisa yang mengasyikkan, maka jadilah shisha seperti yang kita kenali pada hari ini.
Shisha.
Shisha berasal dari India, sekitar abad ke-16 Masihi, sewaktu pemerintahan Empayar Islam Mughal berikutan pengenalan tembakau oleh para pedagang Eropah. Hakim Abu’l Fath Gilani, seorang ahli fizik berasal dari Gilan, iaitu sebuah wilayah di utara Iran, yang berhijrah ke India, menyedari akan kegilaan baru di kalangan golongan elit Mughal, iaitu menghisap tembakau, telah mereka cipta satu alat yang membolehkan asap tembakau melepasi air bagi tujuan ‘menyucikannya’.
Melalui Asad Beg, iaitu Duta Bijapur, ia diperkenalkan kepada Maharaja Akbar yang memerintah ketika itu. Ekoran itu, shisha menjadi popular di kalangan golongan elit India sebelum merebak ke Asia Tengah dan seluruh dunia.
KELENGKAPAN DAN PENYEDIAAN
Dalam sebuah shisha terdapat lima komponen penting – kepala, batang paip, balang air, hos dan muncung paip. Langkah penyediaannya pula cukup begitu mudah. Hanya masukkan tembakau yang diperam dengan ekstrak buah-buahan yang berperisa (epal, vanilla, nanas, strawberi, dll dsb) ke dalam bahagian kepala shisha dan diletakkan arang di atasnya. Tembakau dan arang selalunya dipisahkan dengan kepingan aluminium di antara kedua-duanya.
Apabila arang dipanaskan, lubang yang terdapat di bahagian bawah kepala shisha akan membenarkan asap yang terhasil menuruni batang paip dan terus masuk ke dalam balang air yang separuh terisi air. Gelembung-gelembung udara kemudian terhasil dan asap dibawa bersama-sama wap air melalui hos terus ke muncung paip.
Konsep sebegitu mudah, tapi sejauh manakah keberkesanannya?
Mari kita lihat satu persatu.
KARBON MONOKSIDA
“Gua first time sedut shisha, gua layan sampai pening beb. Maklumlah, first time lah katakan. Itu yang pening tu.”
Karbon monoksida. Malang yang tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa, juga tidak merengsakan.
Karbon monoksida dalam darah seseorang yang tidak merokok berkisar kurang dari 1%, perokok pasif mempunyai kadar karbon monoksida dalam darah berkisar antara 2-4% dan untuk perokok berat, kadar karbon monoksida dalam darah boleh mencapai 5-7%. Sementara menurut hasil penelitian, para penghisap shisha mempunyai kadar karbon monoksida dalam darah mencapai 8-12%.
Keracunan karbon monoksida mampu menjejas sistem pengangkutan oksigen dengan begitu berkesan sekali. Kekurangan bekalan oksigen seterusnya menyebabkan tergendalanya sistem saraf sentral, lantas sakit kepala, kepeningan menyusul.
Vertigo, konfusi, halusinasi, delirium, amnesia – kesemuanya menanti dalam senarai komplikasi keracunan karbon monoksida.
NIKOTIN DAN TAR
“Siapa kata shisha bahaya? Takde efek lah. Nikotin 0.5%, tar 0%. Sikit pun tak bahaya.”
Nikotin, walaupun berperatusan kecil, tetapi kebiasaannya para penghisap shisha menyedut asap shisha dalam kuantiti yang banyak menyebabkan kuantiti nikotin yang disedut, turut meningkat!
Setiap sesi menghisap shisha biasanya berlangsung selama 40 minit dan mengandungi antara 50 – 200 sedutan. Setiap sedutan pula mengandungi 0.15 – 0.50 liter asap. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan American Cancer Society telah menunjukkan bahawa, sepanjang kira-kira 1 jam sesi shisha, pengguna menyedut 100 – 200 kali asap dan kira-kira 70% lebih nikotin berbanding dengan sekali merokok.
Sudah tentulah tembakau tidak mengandungi tar, kerana ia tidak diperbuat daripada tar, sebaliknya, ia menghasilkan tar! Dengan kata lain, tar adalah bahan hitam legap dan berminyak yang terhasil daripada pembakaran kayu, arang atau tembakau.
Bahan inilah yang menyelaputi paru-paru dan menyumbat sel-sel pernafasan seterusnya menyebabkan kanser paru-paru. Kajian menunjukkan bahawa penggemar shisha 5 kali ganda lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru berbanding orang yang tidak merokok.
LOGAM BERAT
Asap shisha juga mengandungi logam-logam berat yang tidak dapat ditapis sepenuhnya oleh lapisan air. Plumbum contohnya, berupaya mempengaruhi sistem saraf sentral dan menimbulkan tanda-tanda kronik keracunan, termasuklah sakit kepala, kehilangan selera makan, anemia, kelesuan serta insomnia.
Tidak hairanlah sekiranya penghisap shisha kadang-kadang berkata, “Sekali sedut, tak makan sehari dua.”
KARSINOGEN
Selain itu, karsinogen yang terbebas di dalam asap shisha boleh menyebabkan kanser. Kajian yang dilakukan di Yaman menunjukkan risiko kanser esofagus dan gastrik meningkat di kalangan penghisap shisha berbanding orang yang tidak merokok. Ia juga meninggikan risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak dua kali ganda dan berkadar terus dengan kekerapan penggunaannya. Kanser mulut juga telah dilaporkan dialami oleh penghisap shisha di Mesir.
JANGKITAN VIRUS DAN BAKTERIA
Di Mesir, penyakit tuberkulosis menjadi suatu kebiasaan di semua hospital disebabkan perkongsian muncung paip shisha yang mendedahkan para penghisap shisha kepada bahaya jangkitan penyakit yang merebak melalui air liur.
Aspergillosis juga telah dilaporkan mampu berjangkit di kalangan penghisap shisha yang bercampur marijuana. Patogen-patogen lain yang boleh merebak melalui perkongsian muncung paip shisha termasuklah Hepatitis C, Herpes simplex virus (HSV), Epstein-Barr virus (EBV), respiratory syncytial virus (RSV) dan Human immunodeficient virus (HIV).
Jelas sudah bahawa filter air yang berfungsi di dalam shisha tidak dapat menapis sepenuhnya bahan-bahan toksik dan karsinogen yang membahayakan kesihatan, bahkan penggunaannya juga meningkatkan kandungan toksin dalam badan dan risiko jangkitan penyakit yang merbahaya.
HUKUM BERHUBUNG SHISHA
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas mufti Arab Saudi, ketika menjawab soalan berhubung hukum menghisap shisha menjelaskan seperti berikut:
“Menghisap shisha dan rokok dan segala jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (shisha dan rokok). Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman ALLAH SWT:
Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik…..” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Maidah (5) ayat 4.
Dan firmanNYA lagi: “Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-A’raaf (7) ayat 157.
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasarkan kepada dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada ALLAH SWT agar memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar ALLAH SWT melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik tempat memohon.”
KESIMPULAN
Daripada Nu’man bin Basyir bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa memelihara dirinya daripada segala yang shubhat, maka sesungguhnya dia telah memelihara agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat seperti pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir dia terjerumus ke dalamnya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
PAUTAN
http://www.who.int/tobacco/global_interaction/tobreg/Waterpipe%20recommendation_Final.pdf
www.ash.org.uk/files/documents/ASH_134.pdf
http://muslimmatters.org/wp-content/uploads/2008/03/hookah-smoking-haram.pdf
http://bicara4negara.wordpress.com/2007/03/26/syisya-satu-kajian/


Tuesday, March 1, 2011

[16] Depressed?

So true and so me..............

[15] Era DSLR

Zaman muda dulu, zaman kebangkitan era handphone ramai orang gantung handphone kat leher (sambil menunjukkan handphone baru) sapa gantung DSLR time tu memang masyuk, macam photographer kot! tapi era gantung handphone dah ketinggalan pun sekarang muncul penjajah baru, era DSLR pulak! gantung DSLR ke hulu-hilir tapi snap gambar 3,4 keping hehe.



Ni era tahun 2000 dulu. time tu rool pun ada gantung handphone juga (saje nak nunjuk handphone baru) tapi sekarang sorok dalam poket walaupun dah beli handphone baru.



Era sekarang, gantung DSLR dengan gaya photographer professional tapi function tak tahu nak guna. rugi bagi sapa-sapa yang ada DSLR tapi tak tahu cara guna just guna mode Auto je.

Era hadapan?? tak tahula lepas ni gantung apa lak, mungkin gantung iPad, PC tablet ke ataupun gantung je TV LCD kat leher senang nak tengok drama.

Ramai yang gantung DSLR kat leher tapi bagiku hanya mampu gantung handphone sonyericsson kesayangan je. 

rool: makkkkkk.. DSLR satu!
ma : beli duit sendiri......
rool: (buat muka...ohhh forever alone!)